SELAMAT DATANG KE SK JERAM PASIR PUTEH

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sejarah Sekolah Kebangsaan Jeram bermula pada tahun 1926 yang ketika itu dikenali dengan nama Sekolah Melayu Jeram. Pengasasnya ialah Tengku Haji Tuan Nanik iaitu Tuan Penggawa Daerah Jeram bersama-sama dengan Tuan Haji Che Kob Bin Che Awang,seorang pemimpin yang terkenal di Jeram pada masa itu.
Sekolah ini pada asalnya terletak di tebing sungai Jeram,kemudian berpindah ke Wakap Tukup kira-kira 2 kilometer dari tapak asal.
Pada tahun 1948 sekolah ini dipindahkan ke tapak sekarang iaitu di Lot 1115 Mukim Jeram,kira-kira 7 kilometer dari bandar Pasir Puteh.Kawasannya seluas 5A 270D atau 2.133 hektar adalah sumbangan dari Tuan Haji Che Kob Bin Che Awang (2 ekar), Tuan Haji Ab.Rahman Bin Haji Yusof (1 ekar 270 depa) dan 2 ekar lagi disumbangkan hasil pungutan derma penduduk kampung ketika itu dan pada tahun tersebut nama sekolah ini diubah kepada Sekolah Kebangsaan Jeram.
Walaupun dikategorikan sebagai sekolah luar bandar,namun sekolah ini telah dilengkapi peralatan dan kemudahan yang serba lengkap bagi memastikan keberkesanan di dalam pengajaran dan pembelajaran serta kegiatan kokurikulum.
Pada 01.04.1994 sekolah ini telah dinaikkan gerd dari B ke sekolah Gred A.
No posts.
No posts.